Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    11 maut kemalangan lori di Filipina

    MANILA, 13 JAN – Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas sebuah lori kecil penuh dengan orang berpesta, termasuk kanak-kanak, terbalik di selatan Filipina, menurut polis hari ini.

    Kenderaan itu dalam perjalanan ke sebuah kawasan peranginan pantai di pulau Mindanao bagi meraikan parti Krismas yang tertangguh, kelmarin, apabila pemandu hilang kawalan selepas breknya tidak berfungsi di simpang berbukit jalan raya tersebut.

    Sekitar 50 orang bersesak dalam lori itu, kebanyakannya di bahagian terbuka, ketika ia melencong dari jalan raya dan melanggar sebatang pokok. Ia kemudiannya terbalik kerana terlanggar timbunan batu, kata ketua polis perbandaran Balingsaga, Mejar Teodoro De Oro.

    Tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun, kata De Oro, menambah polis sedang mendapatkan pengesahan ke atas empat lagi kematian lain.

    Sejumlah lagi penumpang cedera, termasuk berbelasan kanak-kanak. Pemandu yang juga cedera dan cuba menyembunyikan diri selepas menerima rawatan perubatan telah ditahan dan akan didakwa. Kenderaan itu merupakan sebahagian daripada konvoi tiga buah lori, namun dua lagi tidak terlibat dalam kemalangan, kata De Oro.

    Kemalangan jalan raya maut adalah biasa di Filipina, di mana pemandu sering mengabaikan peraturan dan kenderaan tidak diselenggarakan dengan baik atau terlebih muatan. – AFP

    Gambar serahan balai polis Balingsagag menunjukkan penduduk melihat bangkai lori yang terbalik, meragut sekitar 11 nyawa, 13 Januari. Kemalangan berlaku apabila pemandu hilang kawalan ketika melalui jalan berbukit di selatan Mindanao. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...