Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    19 kesalahan dikenakan kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Operasi Sepadu sekatan jalan raya diadakan secara berasingan oleh agensi penguatkuasaan di Daerah Tutong kelmarin telah mengesan 19 kesalahan lalu lintas dan dikenakan kompaun.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kesalahan-kesalahan dikesan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68 termasuklah memandu kenderaan tidak layak dari segi keselamatannya, tayar keluar madgad, gagal memasang lampu kenderaan dan beberapa lagi kesalahan lain.

    Seramai 51 orang pegawai, anggota polis dari Balai Polis Tutong, Balai Polis Lamunin dan Biro Kawalan Narkotik BKN yang diketuai Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pengiran Haji Mohamad Syahmi Azra bin Pengiran Haji Rajid telah menyertai operasi sepadu itu.

    Operasi dilaksanakan bagi memastikan para pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di samping menjalankan tugasan memantau, mencegah serta membuat penahanan jika ada sebarang individu yang didapati membuat kesalahan yang melanggar undang-undang.

    Anggota polis semasa mengadakan sekatan jalan raya dalam Operasi Sepadu yang diadakan di Daerah Tutong baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...