Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    19 terbunuh semasa pilihan raya Filipina

    MANILA, 31 OKT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina, kata seorang pegawai pilihan raya hari ini.

    Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya, Rex Laudiangco berkata pihak berkuasa merekodkan 29 insiden keganasan sejak 28 Ogos hingga 30 Oktober lepas.

    Kebanyakan insiden dilaporkan di wilayah autonomi Bangsamoro di Mindanao dan wilayah Bicol, kata Laudiangco, lapor agensi Anadolu.

    Kira-kira 113 lagi kejadian keganasan sedang disiasat untuk menentukan sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya.

    Pilihan raya itu pada awalnya dijadual diadakan pada 2020 tetapi ditangguhkan dua kali. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...