Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    2 maut tanah runtuh di barat Indonesia

    JAKARTA, 26 MAC – Tanah runtuh akibat hujan lebat telah merosakkan sebuah pusat ibadat dan mengorbankan dua orang di wilayah Sumatera Barat, Indonesia kelmarin, kata seorang pegawai tempatan.

    Bencana itu berlaku sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan di Kabupaten Agam di wilayah barat.

    Bambang Warsito, ketua agensi mitigasi bencana daerah itu, memberitahu media tempatan bahawa kedua-dua mangsa berada di dalam bangunan ibadat yang dilanda tanah runtuh.

    Beliau berkata tanah runtuh di kawasan itu berpunca daripada hujan lebat sejak Jumaat.

    Bencana-bencana seperti banjir dan tanah runtuh sering berlaku di Indonesia semasa musim hujan. – Xinhua

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -