Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    157 pelajar kenali ASEAN lebih dalam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Seramai 157 orang pelajar Sekolah St John, Kuala Belait telah menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Jerayawara yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI itu dihasratkan untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini.

    Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, Program Jerayawara Kenali ASEAN itu merupakan salah satu usaha berterusannya dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Pada masa yang sama, ia menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN selaras dengan moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Dayang Mufidah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar.
    Antara pelajar yang hadir semasa sesi taklimat tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...