Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    2 pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad

    KUCHING, 22 JUN – Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

    Katanya pihaknya juga telah mendapatkan pandangan dan persetujuan bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai lokasi pos tersebut yang dicadang dibina di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak.

    Menurutnya, peruntukan untuk membina pos kawalan baharu itu juga telah dilulus-kan kerajaan dan ia harus dibelanjakan pada tahun ini.

    “Oleh sebab itu, kita berbincang dengan Abang Johari bagi memastikan lokasi pos ini betul-betul sesuai, strategik dan dapat memainkan fungsi dan peranannya dengan baik,” katanya.

    “Di samping itu, kita juga mahu pos tersebut menyediakan perkhidmatan polis asas seperti tempat membuat laporan polis buat penduduk di kawasan berdekatan pos tersebut,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi membina jalan rondaan sempadan untuk membolehkan pihak berkuasa seperti PGA membuat rondaan dan tinjauan. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...