Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    2 tahun penjara, 2 sebatan kerana pecah rumah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun, baru-baru ini, telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan selepas Mahkamah Majistret di sini, mendapatinya bersalah kerana memecah masuk kediaman.

    Pada awalnya, Kamarudin Abdull Karim menafikan pertuduhan menceroboh rumah di Kampung Mulaut pada pukul 10 pagi, 8 November 2021.

    Majistret Kanan, Azrimah Abdul Rahman mendapati kes pendakwaan terhadap defendan telah membuktikannya di luar keraguan munasabah.

    Kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Afyian Abdul Rahman sepanjang perbicaraan mendedahkan keadaan sebenar.

    Semasa kejadian, defendan berbasikal dari rumahnya di Kampung Mulaut, menuju ke Kampung Sengkurong dan semasa masih di Kampung Mulaut, defendan memutuskan untuk memasuki perkarangan sebuah rumah.

    Di rumah itu, dia turun daripada basikalnya dan berdiri dekat dengan rumah berkenaan.
    Melihat tiada sesiapa di sekeliling, defendan perasan tingkap dibiarkan terbuka dan masuk melaluinya menuju ke salah sebuah bilik tidur.

    Pada ketika itu, saudara kandung perempuan kepada penyewa rumah yang memandu melintasi rumah tersebut, berhenti untuk memerhatikan defendan yang kelihatan mencurigakan dan melihat dia memanjat melalui tingkap. Wanita tersebut lalu menjerit “pencuri!” sambil membunyikan hon keretanya berulang kali untuk menarik perhatian.

    Defendan terkejut mendengarnya yang menyebabkannya keluar dari rumah melalui tingkap yang sama dan melarikan diri dengan basikalnya. Penghuni rumah lain dan orang awam kemudiannya mengejar defendan dan berjaya menahannya tidak jauh dari kawasan itu.

    Orang ramai membantu memaklumkan polis yang tiba tidak lama kemudian untuk menahan defendan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...