Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    27 terbunuh dalam pertempuran etnik Sudan

    KHARTOUM, 7 JUN – Insiden pertempuran hebat di barat dan selatan Sudan telah mengorbankan kira-kira 27 orang dan menyebabkan puluhan cedera, kata penduduk kelmarin.

    Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga melahirkan kembimbangan mendalam terhadap kejadian tersebut.

    Dalam kejadian berasingan, pertempuran berlaku di wilayah Darfur yang bergolak dalam pertikaian tanah yang sengit, menyebabkan 16 maut manakala di negeri Kordofan Selatan, 11 orang maut selepas pertengkaran antara dua orang yang dilaporkan bertukar menjadi pertempuran senjata yang lebih meluas.

    Keganasan terbaharu berlaku ketika Sudan bergelut dengan krisis daripada rampasan kuasa pada Oktober tahun lalu yang diketuai oleh ketua tentera, Abdel Fattah al-Burhan.

    Di Darfur Barat, wilayah gersang Sudan bersempadan dengan Chad, pertempuran berlaku berhampiran Kolbus, kira-kira 160 kilometer (100 batu) dari ibu negeri El Geneina.

    Penyerang membakar perkampungan tersebut hingga menyebabkan penduduk rentung. Ia adalah pertempuran yang terbaharu dalam beberapa pusingan pergolakan antara petani yang sebahagian besarnya menetap dengan kumpulan penggembala separa nomad Arab.

    “Pertempuran meletus kerana pertikaian tanah antara anggota suku Arab dan petani dari bukan Arab,” kata seorang pemimpin dari Gimir.

    “Pertempuran membunuh lapan orang dari Gimir, dan tiga kampung dibakar,” tambahya. Manakala itu, seorang pemimpin dari masyarakat Arab Rizeigat menambah pertempuran bermula disebabkan pertikaian mengenai tanah. – AFP

    Gambar menunjukkan penunjuk perasaan Majlis Optik Beja Sudan yang berada di luar sekretariat agung kerajaan Negara Laut Merah kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...