Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    29 pain darah dikumpulkan di Annajat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Sebanyak 29 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Kompleks Annajat dengan kerjasama Tabung Derma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini.

    Kempen yang diadakan di Kompleks Annajat itu merupakan kali kelapan dilaksanakan pada tahun ini dalam usaha bukan saja memberi keselesaan kepada orang ramai untuk menderma darah tapi secara tidak langsung sama-sama memberi sokongan kepada Kementerian Kesihatan.

    Dengan adanya kempen berkenaan, ia akan dapat membantu menambah bekalan darah di hospital dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama apabila berlaku kecemasan.

    Kompleks Annajat akan terus memberi sokongan dengan menyediakan tempat yang selesa untuk mengadakan kempen yang mana, kempen seumpamanya akan diadakan pada awal dan penghujung bulan.

    Antara yang tidak melepaskan peluang dalam memberi sokongan terhadap kempen derma darah tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...