Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Blackpink lancar single Pink Venom

    Bagi meraikan ulang tahun keenam penubuhannya, Blackpink bakal muncul dengan single baharu berjudul Pink Venom.

    Syarikat pengurusan kumpulan K-pop dianggotai empat gadis itu, YG Entertainment mengumumkan melalui entri Instagram (IG) beberapa jam lalu, Pink Venom akan dilancarkan pada 19 Ogos ini.

    Poster dimuat naik memaparkan lakaran grafik persis taring ular berwarna merah jambu menterjemahkan secara harafiah judul single baharu itu.

    Pink Venom menjadi lagu kedua yang dilancarkan kumpulan dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa itu.

    Sebelum ini, Blackpink muncul dengan lagu Ready For Love yang dilancarkan ketika mengadakan konsert permainan video PUBG mobile, The Virtual pada 29 Julai lalu.

    Dua lagu itu turut dimuatkan dalam album studio terbaharu mereka, Born Pink yang bakal menemui peminat, bulan depan.

    Dengan kemunculan album itu, kumpulan yang cukup popular dengan lagu How You Like That dan Kill This Love ini sudah bersedia memulakan siri promosi jelajah dunia, Oktober ini.

    Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata pemuja Blackpink yang menggelarkan diri mereka sebagai Blink teruja dan tidak sabar mendapatkan buah tangan terbaharu kumpulan kesayangan mereka itu. – Agensi

    Blackpink bakal mengelilingi dunia dalam siri promosi jelajah, Oktober ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...