Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    3 ditahan, ‘lelong’ wanita Muslim

    MUMBAI, 5 JAN – Tiga remaja India didakwa membangunkan aplikasi lelongan palsu untuk mengiklankan wanita-wanita Muslim dikenali telah ditahan, menurut polis hari ini.

    Gambar-gambar lebih daripada 100 orang wanita – antaranya jurnalis terkenal tempatan dan aktivis yang lantang bercakap mengenai isu berkaitan Muslim India – turut dipaparkan di aplikasi ‘Bulli Bai’ bersama dengan mesej-mesej penghinaan.

    Polis berkata seorang wanita berusia 18 tahun dan dua lelaki lingkungan awal 20an ditahan berhubung dengan aplikasi tersebut.

    “Beberapa gambar wanita-wanita dari komuniti tertentu dimuat naik dan mesej berunsur penghinaan turut diletakkan,” kata Hemant Nagrale, pesuruhjaya polis Mumbai, memberitahu wartawan.

    Nagrale berkata butiran lanjut mengenai kes ini tidak akan didedahkan oleh pihak polis pada peringkat ini.

    Ahli-ahli minoriti Muslim India sejak beberapa tahun kebelakangan menyuarakan mengenai apa perasaan mereka yang semakin menjadi sasaran atau disisihkan oleh komuniti mereka.

    Satu lagi platform lelongan palsu menyasarkan wanita Muslim seketika kelihatan enam bulan lalu, yang membawa kepada siasatan polis namun gagal menangkap sebarang suspek.

    Wanita-wanita yang imej mereka ditayangkan dalam aplikasi terkini telah menunjukkan kekejutan mereka dalam media sosial.

    “Inilah bagaimana kami memberikan ucapan dan layanan di India pada hari pertama tahun baharu, sementara orang lain di negara saya sedang bersuka ria, berjenaka dan berpesta,” kata Nabiya Khan melalui Twitter hujung minggu lalu.

    “Tiada sesiapa yang layak untuk diserang, dimalukan, dijual beli.”

    GitHub, platform terbuka pembangunan perisian yang menjadi hos kepada aplikasi, memberitahu media tempatan ia akan memberikan bantuan dalam siasatan polis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...