Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

3 pelatih AMD jalani latihan percubaan

KUALA LUMPUR, 1 JUN – Akademi Bola sepak Mokhtar Dahari (AMD) menghantar tiga pemain terbaiknya bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab di Eropah bermula esok hingga 19 Jun dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran selepas tamat pengajian di akademi tersebut, hari ini.

AMD dalam kenyataan memaklumkan tiga pemain berkenaan ialah Mohammad Haykal Danish, Rohisham Haikal dan Muhammad Abu Khalil yang juga antara pemain terbaik AMD Generasi 2005. “Tiga pemain AMD telah berlepas pagi ini ke Perancis bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab di sana. Mereka dijangka menjalani latihan percubaan bersama Kelab FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg.

“Pemergian mereka ke Perancis diiringi Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP), Saad Ichalalene serta jurulatih Bawah 17 Tahun AMD, Amarul Naza Mohamad,” menurut kenyataan itu.

AMD memaklumkan bahawa Mohammad Haykal dan Rohisham pernah bermain bersama Kelab Paris Saint-Germain (PSG) Bawah 13 tahun (B-13) dalam satu Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rom, Itali pada 2018.

Sementara itu, Muhammad Abu adalah pemain utama Skuad Piala Presiden AMD yang kini berada di kedudukan teratas dalam saingan Piala Presiden 2022. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -