Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    30 guru kenali latar belakang alat kebesaran diraja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Seramai 30 orang guru subjek Travel and Tourism dari sekolah-sekolah menengah dan maktab kerajaan serta sekolah menengah swasta telah membuat lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, baru-baru ini, untuk mempelajari latar belakangnya, peralatan-peralatan yang digunakan semasa adat istiadat kebesaran diraja, dan usaha yang dibuat bagi menarik pelawat ke muzium tersebut.

    Kedatangan rombongan lawatan yang dianjurkan oleh Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) yang merupakan ahli Subject Based Committee (SBC) Travel and Tourism itu disambut oleh Pegawai Muzium, Dayang Jahrani binti Haji Abas.

    Semasa lawatan berkenaan, rombongan mendengarkan taklimat ringkas sebelum dibawa melawat persekitaran kawasan muzium dan sesi soal jawab.

    Diharapkan melalui lawatan berkenaan, guru-guru akan dapat menggunakan maklumat yang diperolehi untuk diterapkan dalam pengajaran mereka.

    Di akhir lawatan itu, Hajah Latifah binti Haji Sawal dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain yang merupakan Setiausaha SBC Travel and Tourism menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Dayang Jahrani bagi mewakili Muzium Alat Kebesaran Diraja.

    Sebagai tanda penghargaan, sijil penghargaan juga disampaikan kepada Dayangku Dewi Aida binti Pengiran Suhaili dan Dayang Kartina Haji Salim, guru-guru dari Maktab SOAS yang merupakan penganjur lawatan berkenaan.

    Guru-guru SBC Travel and Tourism bergambar ramai bersama wakil dari Muzium Alat Kebesaran Diraja. – Gambar serahan Jabatan Sekolah-Sekolah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...