Sunday, April 28, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Bank Baiduri anjur Let’s Give Back This Ramadan di Daerah Belait

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Inisiatif tahunan Bank Baiduri Let’s Give Back This Ramadan edisi kelapan diteruskan ke Daerah Belait pada majlis yang diadakan di Soon Lee Megamart Pandan 7, baru-baru ini.

    Tahun ini, Bank Baiduri telah bekerjasama dengan Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) dan inisiatif itu akan menyokong seramai 100 ahli MKOKU dan keluarga mereka, yang akan menikmati membeli-belah dan berbuka puasa pada petangnya.

    Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna, Manuel Bulens.

    Beliau berkata, “Kemampanan bukan sahaja untuk mengurangkan kesan teruk ke atas alam sekitar. Ia juga mengenai pengaruh positif kepada komuniti. Dan ini bermakna mengiktiraf nilai kepelbagaian dan memberikan lebih banyak tumpuan kepada keterangkuman.

    “Kami berterima kasih kepada MKOKU kerana memberikan kami peluang untuk menyokong beberapa komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dengan mengalu-alukan, menghormati dan menghargai ahli dan keluarga mereka serta membantu mereka membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya akan datang,” ujarnya.

    Sementara itu, Ketua Pemasaran Strategik dan Komunikasi Kumpulan Bank Baiduri, Ng Yick Wei, menambah, “Let’s Give Back This Ramadan adalah peluang ikhlas untuk sukarelawan kami memperkenalkan nilai jenama kami. Melalui aktiviti CSR seperti ini, kami berhasrat untuk memberikan inspirasi dan memperkasakan pekerja kami bagi membuat sumbangan yang berimpak kepada komuniti kami.”

    Buat masa sekarang, terdapat sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah MKOKU iaitu Pusat Ehsan, Pusat Kanak-kanak Cacat (KACA), Persatuan Orang-orang Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota (PAPDA), Persatuan Pengurusan Isu Berkaitan Autisme dalam Latihan, Pendidikan dan Sumber (SMARTER Brunei), Persatuan Sindrom Down (ABLE), Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), Persatuan Kebangsaan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Learning Ladder Society (LLS).

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, inisiatif itu disokong oleh sukarelawan dari Baiduri Cares, sebuah program dalaman di mana pekerja dari Bank Baiduri dan anak syarikat, Baiduri Finance dan Baiduri Capital, boleh menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam pelbagai aktiviti.

    Di samping itu, bank itu telah meneruskan perkongsiannya dengan Setia Motors, di mana ia menyaksikan Indera Motors menyertai sebagai rakan logistik tambahan untuk inisiatif itu, membantu dalam menghantar keluarga dari rumah mereka ke tempat masing-masing.

    Ng Yick Wei dan ahli keluarga MKOKU membeli-belah di Soon Lee Megamart Pandan 7. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...