Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    43 sertai Kursus Maktab Turus Sesi ke-12

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seramai 43 orang pegawai menyertai Kursus Maktab Turus Sesi ke-12 yang bermula hari ini dengan majlis pembukaan di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian kursus berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, pemerintah-pemerintah angkatan tentera ABDB, timbalan pesuruhjaya polis, pegawai-pegawai kanan serta penasihat/atase pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Ali-Imran ayat 190-195, yang dipimpin oleh wakil peserta kursus, Mejar Pengiran Muhd Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd Tali.

    Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah dan acara flag unfurling.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah ketika menghadiri Majlis Pembukaan Kursus Maktab Turus Sesi Ke-12 yang berlangsung di Auditorium Akademik Pertahanan ABDB, kelmarin.
    Antara pegawai-pegawai yang menyertai Kursus Maktab Turus Sesi Ke-12.
    Wakil peserta kursus yang menyempurnakan acara flag unfurling semasa Majlis Pembukaan Kursus Maktab Turus Sesi Ke-12 yang berlangsung di Auditorium Akademik Pertahanan ABDB, kelmarin.

    Acara flag unfurling melambangkan kerjasama yang rapat antara negara-negara yang mengikuti kursus berkenaan dan menekankan kepentingan meningkatkan persahabatan yang erat antara peserta-peserta sepanjang kursus berkenaan dijalankan.

    Para peserta kursus berkenaan termasuk 25 orang pegawai ABDB, seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan, seorang pegawai dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN) serta 15 orang pegawai antarabangsa dari 12 buah negara iaitu Australia, Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Arab Saudi, Republik Singapura dan United Kingdom.

    Kursus Maktab Turus Sesi 12/2021 bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik ke arah persekitaran strategik kontemporari dan kesannya terhadap tugasan mereka sebagai pakar di bidang pertahanan dan keselamatan.

    Ia merupakan kursus selama 40 miSPnggu yang dikendalikan dengan kerjasama UBD bagi tahun keempat sebagai pembekal akademik.

    Di penghujung kursus itu, peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan Graduate Diploma in Defence and Security Studies daripada pihak UBD dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Defence and Security Studies.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...