Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    5 maut, peluru berpandu bedil pangsapuri di Ukraine

    KYIV, UKRAINE , 14 OKT – Lima orang terbunuh kelmarin apabila peluru berpandu membedil sebuah pangsapuri di selatan Ukraine (gambar bawah – AP), manakala sebuah pangkalan tentera turut diserang, lapor Agensi Anadolu.

    Perkhidmatan Kecemasan Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa serangan itu memusnahkan blok pangsapuri lima tingkat yang terletak di bandar Mykolaiv.

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya diselamatkan dari runtuhan, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

    Sementara itu, Pentadbiran Tentera Wilayah Lviv mendakwa tentera Rusia melancarkan tiga peluru berpandu, satu daripadanya ditembak jatuh oleh unit pertahanan udara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...