Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    50 keluarga terima agihan zakat

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 7 APRIL – Dalam usaha meringankan beban asnaf fakir dan miskin terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah menyerahkan agihan zakat wang tunai berjumlah $24,300 kepada 50 orang ketua keluarga di Daerah Temburong hari ini pada majlis penyampaian di Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar.

    Penyampaian zakat berkenaan disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Di-Pertua MUIB, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

    Terdahulu sebelum itu, acara Tadarus Al-Quran rombongan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sempena bulan Ramadan ke masjid, surau dan balai ibadat yang terpilih bagi Tahun 1443 Hijrah / 2022 Masihi berlangsung di masjid yang sama.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah di-pimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan Tadabbur Al-Quran oleh Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Mohammed Khairul Mu‘az bin Haji Sibodaud.

    Acara diteruskan dengan tadarus Al-Quran, kemudian bacaan tahlil dan Doa Arwah serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Rombongan tadarus Al-Quran pegawai dan kakitangan KHEU seterusnya akan mengunjungi Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait pada hari 11 April depan.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom menyampaikan zakat kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...