Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    6 maut banjir di Tehran

    TEHRAN, 28 JULAI – Kira-kira enam orang mati akibat banjir berhampiran Tehran hari ini, dalam kejadian tanah runtuh yang menyaksikan lumpur sedalam empat meter menimbusi sebuah kampung di barat ibu negara, menurut perkhidmatan kecemasan.

    Banjir kilat berhampiran Tehran di kaki gunung Alborz berlaku kurang seminggu selepas banjir di bahagian yang lazimnya kering di selatan Iran meragut 22 nyawa. Rakaman dari kampung Emamzadeh Davoud di media sosial menunjukkan seorang remaja berlumuran lumpur bergayut di sebatang tiang ketika air dipenuhi serpihan sampah mengalir melepasinya.

    Dinding kelihatan runtuh tidak lama kemudian.

    “Setakat ini, lima orang disahkan mati dan sembilan cedera akibat banjir,” kata ketua Palang Merah Iran, Pirhossein Kolivand memberitahu agensi berita, IRNA, menambah beberapa buah kenderaan juga dihanyutkan air. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...