Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    6 terkorban dalam ribut AS

    WASHINGTON, 6 MAC – Empat dewasa dan dua kanak-kanak terkorban apabila puting beliung melanda Madison County di negeri Amerika Syarikat (AS), Iowa kelmarin, kata pegawai.

    Sekurang-kurangnya empat dewasa lain telah cedera dalam puting beliung yang menyebabkan “kerosakan meluas kepada kedua-dua rumah dan harta benda,” pengarah pengurusan kecemasan daerah itu memberitahu semasa taklimat akhbar.

    “Kejadian Ini, saya rasa, yang paling teruk yang pernah dilihat oleh sesiapa pun dalam masa yang agak lama,” kata Diogenes Ayala. “Ini akan memberi kesan untuk beberapa tahun akan datang,” tambahnya.

    Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Des Moines menulis dalam laman Twitter pada 1:30 pagi waktu tempatan hari ini bahawa kejadian yang paling teruk telah berakhir untuk pusat lowa.

    “Ribut sedang bergerak ke Timur. Kawasan di barat laluan, termasuk metro Des Moines, berada di kawasan yang cerah.” NWS berkata pasukan tinjauannya akan menyiasat dengan teliti kerosakan yang berlaku hari ini.

    “Ini cukup menjejaskan komuniti kami,” kata Ayala sambil menambah usaha menyelamat akan diteruskan semalaman. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...