Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    6 terkorban nahas helikopter tentera Pakistan

    ISLAMABAD, 2 OGOS – Bangkai helikopter milik tentera Pakistan yang hilang telah dijumpai di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua hari ini.

    Kesemua enam penumpang termasuk seorang komander tentera disahkan terbunuh dalam nahas itu, menurut kenyataan unit media tentera. 

    Bangkai pesawat itu ditemukan di kawasan Windar daerah Lasbela. 

    Helikopter itu menyertai operasi bantuan banjir di Baluchistan pada petang Isnin sebelum nahas berlaku akibat cuaca buruk.

    Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif melahirkan rasa dukacita atas tragedi itu, dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

    Hujan lebat dan banjir baru-baru ini telah melanda wilayah Baluchistan, mengorbankan lebih 130 nyawa sejak 14 Jun, manakala 13,535 kediaman terjejas dan lebih 13,000 ternakan mati, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara. – Bernama

    Penyelamat membantu penduduk kampung pindah dari kawasan dilanda banjir di Lasbella, sebuah daerah di barat daya Baluchistan pada Julai lalu. Helikopter tentera terbabit dalam misi menyelamat kawasan banjir telah ditemui, dengan seorang komander dan lima yang lain terbunuh. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...