Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    600 hektar hutan terbakar di Perancis

    BESSEGES, 8 JULAI – Lebih 900 anggota bomba dibantu pesawat dikerahkan hari ini untuk memadamkan kebakaran di wilayah Gard dekat selatan Perancis.

    Operasi itu membabitkan kawasan hutan seluas 600 hektar.

    “Kebakaran masih gagal dikawal… terdapat bahagian di hadapan yang sukar dijangkau. Kami sedang mara.

    “Ia akan menjadi satu kejayaan untuk bertahan,” kata pegawai kanan bomba, Eric Agrinier.

    Kebakaran yang meletus malam tadi menyaksikan anggota bomba masih berhempas-pulas untuk melindungi kawasan didiami.

    Anggota bomba menyembur air untuk memadamkan kebakaran hutan berdekatan Besseges, selatan Perancis pada 7 Julai 2022. – AFP

    “Kami membakar beberapa bahagian hutan, jadi apabila api merebak dan mencapai zon yang sudah terbakar, ia akan reda. Itu memudahkan kami untuk menghentikan api daripada terus marak,” kata Jacques Page, seorang anggota yang berada di barisan hadapan memadamkan kebakaran itu.

    Menyifatkan kejadian sebagai ‘kebakaran mega’, api mula marak berhampiran kampung Bordezac dan memaksa pemindahan penduduk berdekatan Besseges termasuk beberapa penempatan lain pada malam kelmarin.

    Menurut pejabat pihak berkuasa tempatan, kira-kira 100 orang telah ditempatkan di rumah peranginan dan restoran di kawasan terbabit, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari utara Montpellier dan pantai Mediterranean.

    Perkhidmatan bomba wilayah Gard memaklumkan 13 anggota bomba mengalami kecederaan ringan. Selain itu, 12 kapal terbang dan dua helikopter turut dikerah dalam operasi tersebut.

    Perkhidmatan bomba juga berkata ribuan hektar kawasan berhutan berdepan risiko, ketika angin dengan kelajuan 80 kilometer sejam memarakkan api di kawasan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...