Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    64 kes import sejak 11 Januari

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sejak 11 Januari sehingga hari ini, sebanyak 224 kes telah dikesan di Negara Brunei Darussalam dengan 64 daripadanya adalah kes import.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) telah mengongsikan negara-negara dari mana kes-kes import tersebut telah tiba semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Pada sidang media itu, rajah menunjukkan kes-kes import paling tinggi dicatatkan adalah dari India iaitu 20 kes import, diikuti dengan Nepal, 11 kes import.

    Manakala itu, United Kingdom dan Filipina masing-masing mencatatkan lapan kes import, Amerika Syarikat dan Australia masing-masing tiga kes dan Perancis seramai dua kes.

    Selain itu, Malaysia, Mesir, Belanda, Laos, Angola, Turki, Pakistan, Brazil dan Maghribi masing-masing didapati satu kes import.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...