Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    8 kes dalam kategori 4, dua meninggal dunia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Tidak ada kes memerlukan rawatan intensif atau dikategorikan dalam kategori 5 manakala lapan kes dalam kategori 4.

    “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, dua kes COVID telah meninggal dunia di mana kedua-dua kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    “Sebanyak 503 kes baharu telah dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 134,915 kes. Daripada jumlah tersebut, 490 adalah hasil ujian ART yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 13 adalah daripada 1,176 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    “Sementara itu, 1,020 kes juga disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 130,250 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 4,455 kes iaitu 81 kes aktif berada di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital manakala 4,374 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    “Sehingga kelmarin, 31 Mac, pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 61.6 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini,” kongsi Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...