Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    97 didakwa miliki dadah semasa pesta muzik tahun baharu

    SYDNEY, 3 JAN – Sekurang-kurangnya 97 orang telah didakwa dengan kesalahan dadah, susulan operasi yang dijalankan oleh anggota polis semasa pesta muzik sempena tahun baharu di Sydney, Australia.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, polis di negeri New South Wales (NSW) menjalankan operasi yang disasarkan di acara perayaan pada Ahad lalu, yang menarik lebih 27,000 orang ke Sydney.

    Polis berkata bahawa 97 orang didapati membawa dadah terlarang, termasuk MDMA, amphetamines, kanabis, kokain, ekstasi, LSD, ketamin dan psilocybin.

    Tiga daripadanya ditahan atas kesalahan mengedarkan dadah.

    Seorang remaja lelaki berusia 21 tahun didakwa memiliki 15 kapsul MDMA, seorang lagi didapati memiliki sembilan kapsul, dan seorang wanita berumur 25 tahun didapati mempunyai lima kapsul MDMA.

    Secara keseluruhan, polis mengeluarkan 15 notis hadir ke mahkamah, dua notis pelanggaran, 13 amaran kanabis dan 58 notis pelanggaran jenayah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...