Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bersedia mulakan pembelajaran

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 3 JAN – Pelajar di seluruh negara kembali ke sekolah pada hari pertama persekolahan yang bermula hari ini.

    Sekolah di seluruh Daerah Belait juga tidak terkecuali. Meski hujan renyai-renyai, Sekolah St Margaret telah mengalu-alukan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan pagi tadi.

    Semasa ditemui media, pengetua sekolah, Liew Yong Kim berkata bahawa pihak sekolah tidak sabar-sabar untuk melaksanakan pelan akademik sepenuhnya dengan berakhirnya pandemik.

    “Sebelum sesi persekolahan bermula, sekolah telah membuat persiapan awal untuk mengalu-alukan pelajar kembali dengan mengadakan beberapa kempen kebersihan bagi memastikan persekitaran pembelajaran di sekolah bersih dan selamat untuk pelajar.

    “Kami juga meneruskan persiapan pada hari pertama dengan memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri mereka di kelas,” katanya. Beliau berharap dengan tahun akademik baharu, sekolah akan melihat peningkatan dalam keputusan akademik dan prestasi kokurikulum.

    Sementara itu, Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) Kuala Belait juga mengalu-alukan pelajar mereka pada pagi ini. Semasa perhimpunan sekolah, pengetua Steven Shim Sheau Huei berkata bahawa kelas biasa tidak akan diadakan pada hari pertama persekolahan tetapi kursus ulang kaji di mana pelajar akan menghadiri beberapa sesi untuk menyesuaikan diri serta pengenalan kepada mata pelajaran yang ditawarkan selepas cuti sebulan.

    Salah seorang pelajar Tahun 10 sekolah itu, Awang Ahmad Asyraf Hakeemi bin Mohammad Rukhzaidin, semasa ditemu bual, berkata dia tidak mempunyai masalah untuk kembali ke sekolah kerana cuti sekolah berlalu dengan cepat.

    “Azam tahun baharu bagi saya pada tahun akademik ini adalah terus berusaha keras dan mendukung nilai-nilai sekolah,” tambahnya.

    Pelajar tiba di Sekolah St Margaret pada hari pertama persekolahan, kelmarin.
    Pelajar membersihkan bilik kelas sebelum bermulanya sesi pembelajaran di Sekolah St Margaret.
    Sesi pembelajaran pada hari pertama di salah sebuah kelas. – Gambar serahan Sekolah St Margaret.
    Pelajar menghadiri perhimpunan sekolah di dewan SMSA kelmarin.
    Salah satu sesi yang diadakan sebagai sebahagian daripada kursus ulang kaji pada hari pertama persekolahan di SMSA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...