Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Adi Putra, Johan As’ari tiba di Jakarta promosi Mat Kilau

    Pelakon Datuk Adi Putra akhirnya hadir ke tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

    Dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Adi, 41, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana dijemput oleh wakil pengedar filem berkenaan di Indonesia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan rakan pelakon, Yayan Ruhian.

    “Semoga dipermudahkan. Semoga warga Indonesia memberi sambutan baik dengan hati dan tangan terbuka.

    “Allah Maha Kaya, kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang dan taat pada yang satu,” katanya.

    Adi merakamkan video tersebut bersama pelakon Johan As’ari yang juga merupakan salah seorang pelakon filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu.

    Adi berharap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan akan mendapat sambutan yang baik di Indonesia. – Agensi

    Sebelum ini, timbul salah faham antara Adi dan pihak Kembara Studio apabila dia gagal menghubungi wakil penerbit sehingga menyebabkan pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Jakarta bagi mempromosikan filem tersebut.

    Adi bagaimanapun mendedahkan ada menerima 11 panggilan balas daripada wakil syarikat penerbit namun dia mengambil keputusan untuk tidak menjawabnya kerana masih berasa terkilan.

    Dalam satu temu bual sebelum ini, Adi memberitahu dia nekad dengan keputusan enggan menyertai kumpulan promosi filem arahan Syamsul Yusof itu melainkan mendapat jemputan dari pihak pengedar Indonesia.

    Dalam satu komen balas di Instagram sebelum ini juga, Johan As’ari turut berasa berat hati untuk terlibat dalam program promosi di sana.

    Memberi respons terhadap luahan Adi, pihak Kembara Studio memaklumkan panggilan pelakon tersebut tidak dijawab kerana mereka berada dalam mesyuarat dan tidak tahu punca Adi bertindak memuat naik status dan punca kemarahannya sebelum ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...