Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Aksi The Rock ajar peribahasa curi perhatian

    Siapa yang tidak kenal dengan bekas jaguh WWE, The Rock yang masih aktif dengan dunai lakonan yang sering menjadi ranking dunia.

    The Rock ketika ini sedang mempromosikan filem Red Notice di Netflix.

    Namun, apa yang menarik minat Murai.MY adalah The Rock mengajar peribahasa yang melibatkan batu dikaitkan peribahasa Melayu. Pelik, tapi itulah realiti yang dibuat oleh The Rock dalam satu video yang dikongsi oleh Netflix Malaysia.

    Seperti dilihat, The Rock mengaitkan perbuatan dalam filem tersebut dengan memberi peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut. The Rock akan menceritakan sebaris perbuatan dalam karakter yang dimainkan dan merumuskannya dengan menggunakan peribahahsa, misalnya ‘Udang di sebalik batu’. Ini kerana The Rock menceritakan setiap filem mesti akan ada maksud yang tersirat dalam sesuatu perbuatan.

    Red Notice adalah filem komedi yang menampilkan Dwayne Johnson, Ryan Reynolds dan Gal Gadot yang mengisahkan seorang polis berusaha untuk menangkap pencuri terkenal yang mencuri barang-barang mewah.

    Namun, misi untuk menangkap pencuri tersebut bukanlah mudah dan dia terpaksa bekerjasama dengan seorang lagi pencuri untuk menangkap pencuri lain. – Agensi

    Aksi The Rock mengajar peribahasa Melayu yang melibatkan batu mencuri perhatian di Netflix. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...