Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Al Jufferi tekad buru emas keempat

    KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Bergelut dengan kecede-raan bahu kanan sejak Mei lepas tidak mematahkan semangat jaguh silat Malaysia, Mohd Al Jufferi Jamari yang optimis mempertahankan pingat emas Kejuaraan Silat Dunia, yang akan bermula Selasa depan di Ayer Keroh, Melaka.

    Pesilat berusia 30 tahun itu yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bersara akan membuat penampilan keempat di pentas berprestij itu, tekad menutup kerjayanya dengan mencipta kenangan manis bagi mendedikasikan pingat emas terakhir kepada tanah air tercinta.

    Mohd Al Jufferi yang sebelum ini menunjukkan prestasi cemerlang muncul juara edisi 2012, 2015 dan 2016 bagi acara kelas Putra E (65-70 kilogram), melakar sejarah sebagai pesilat pertama Malaysia memenangi hatrik emas Kejuaraan Dunia itu sejak ia dianjurkan pada 1982.

    Beliau yang turut meraih empat pingat emas Sukan SEA berturut-turut bermula 2011 hingga 2017, berkata kecederaan dan kesakitan bahu tahap serius adalah antara risiko yang perlu dihadapi, namun strategi dan teknik berhadapan pihak lawan sudah dibincangkan bersama barisan kejurulatihan sekiranya perkara berkenaan berulang.

    Dalam pada itu, beliau turut memberi bayangan memerlukan rehat yang panjang selepas persaraannya bagi memberi ruang kepada rehabilitasi kecederaan sepanjang 15 tahun kerjayanya dalam dunia persilatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

    Beliau juga menasihati atlet silat muda Malaysia untuk meningkatkan tahap mental terutamanya apabila berada dalam dunia pertempuran yang memerlukan semangat juang tinggi bagi terus menyumbang pingat untuk tanah air tercinta. – Benama

    Mohd Al Jufferi Jamari tekad buru pingat emas keempat sebelum bersara. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...