Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Alexander-Arnold diketepikan beberapa minggu

    LIVERPOOL, 18 MAC – Misi Liverpool untuk menyapu bersih empat trofi utama musim ini berdepan dengan masalah selepas pemain bek kanan mereka, Trent Alexander-Arnold akan diketepikan selama beberapa minggu akibat kecederaan hamstring.

    Alexander-Arnold akan terlepas aksi suku akhir Piala FA menentang Nottingham Forest dan perlawanan persahabatan England menentang Ivory Coast dan Switzerland.

    Kebimbangan terbesar buat pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ialah sama ada dia akan cergas bermain tepat pada masanya untuk pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara dan perlawanan berpotensi penentu kejuaraan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di gelanggang lawan.

    “Trent akan disisihkan kerana kecederaan hamstring. Dia tidak dapat mengambil bahagian untuk skuad England dan kita akan mengetahui berapa lama dia akan diketepikan,” kata Klopp dalam sidang media hari ini.

    Ditanya sekiranya pemain berusia 23 tahun itu akan diketepikan selama beberapa minggu, Klopp menjawab, “Ya”.

    Alexander-Arnold sudah mencatat rekod assist tertinggi dalam karier dengan 17 assist dalam semua kejohanan pada musim ini dan Klopp mengetahui dia tidak mempunyai pengganti serupa dengan Joe Gomez atau James Milner berkemungkinan bermain di posisi itu.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...