Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Amir Masdi dapat restu Ella, Fauzi

    Kekerapan menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dalam beberapa pertandingan disertai sehingga mendapat jumlah tontonan tinggi dalam laman YouTube memberi semangat kepada penyanyi Amir Masdi, 26, merakamkan semula lagu nyanyian asal Ratu Rock, Ella itu.

    Bukan sahaja mendapat restu Ella, malah, lebih bermakna komposer lagu, Fauzi Marzuki turut menyokong usahanya.

    Amir pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 menerusi lagu Ku Sakiti berkata, dia teruja apabila mendapat sokongan Ella.

    “Saya menghantar mesej kepada Ella. Jika ada rezeki kami boleh menyanyikan lagu ini bersama. Saya juga meminta kebenaran Ella merakamkan semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah. Alhamdulillah, Ella terima dengan baik,” kata Aamir ketika ditemui wartawan.

    Sementara itu, Amir menyifatkan merakamkan semula lagu yang pernah popular dan terhangat pada era 1990-an adalah trend industri muzik tanah air masa kini.

    Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah versi Amir terbitan Nova Music dilancarkan serentak dengan video muzik di saluran Nova Music Videos pada 30 Julai lalu.

    Menariknya, video muzik arahan Azuad Abdullah menampilkan warga Sekolah Seni Malaysia Johor dan sejak dimuat naik, video muzik Sepi Sekuntum Mawar Merah muncul Top 30 di YouTube dengan lebih 130,000 tontonan. – Agensi

    Amir Masdi merakamkan semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan mendapat lebih 130,000 tontonan di YouTube. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...