Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Anderlecht pecat Mazzu

    BRUSSELS, 24 OKT – Pasukan gergasi bola sepak Belgium, Anderlecht telah memecat Felice Mazzu sebagai pengurus pasukan selepas kalah 3-1 menentang Standard Liege, dalam satu perlawanan yang terpaksa ditamatkan lebih awal kerana masalah yang ditimbulkan oleh para penyokongnya.

    Selepas 14 perlawanan dalam musim ini, Anderlecht hanya mampu mengutip 16 mata, yang merupakan rekod terburuk mereka sejak tahun 1930-an.

    Mazzu, 56, dinamakan sebagai pengurus pasukan terbaik pada musim lalu selepas berjaya membawa Royale Union Saint-Gilloise ke tangga kedua dalam carta.

    Dia mengambil alih tugas kejurulatihan daripada Vincent Kompany pada musim panas lalu selepas bekas kapten itu berpindah ke pasukan Burnley.

    Dia merupakan jurulatih yang ketujuh dibuang sejak permulaan musim ini dan tempat dia akan digantikan sementara oleh jurulatih Robin Veldman. – AFP

    Penyokong pasukan bola sepak Anderlecht menyalakan suar ketika perlawanan antara West Ham United dan Anderlecht di London, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...