Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Anya Geraldine kini jadi sasaran warganet

    Gara-gara berani melakukan adegan berciuman, pelakon Indonesia, Anya Geraldine tidak semena-mena menjadi sasaran dan perhatian warganet di media sosial.

    Melakukan adegan itu bersama pasangan pelakon, Reza Rahadian bagi menjayakan sebuah drama bersiri web berjudul Layangan Putus, Anya bagaimanapun menafikan bahawa lakonannya itu dilihat begitu mengesankan kerana dia memiliki perasaan terhadap Reza.

    “Tidaklah. Jika ada yang mengatakan ia dilihat berkesan kerana saya bernafsu dengan Reza, itu saya nafikan. Sudah namanya ini sebuah lakonan. Memang tujuannya untuk lakonan semata-mata,” katanya ketika ditemu bual dalam program YouTube Deddy Corbuzier.

    Selain itu, kata Anya, dia merasakan bahawa tidak mungkin adegan itu perlu dilakukan dengan nafsu memandangkan di set penggambaran juga terdapat begitu ramai kru produksi yang bertugas.

    “Tak mungkinlah… di set penggambaran juga ramai yang ada. Lakonan itu dilihat orang. Tak terfikirlah pula nak bernafsu.

    “Tambahan pula, saya pun tidak merasakan Reza juga ada isu begitu kerana dia merupakan seorang aktor yang sudah terbaik di bidangnya, profesional.

    “Sebenarnya, semua itu cuma sekadar ciuman. Tidak lebih,” katanya.

    Layangan Putus menyaksikan nama Anya melonjak naik sebagai aktres baharu. Di serial web produksi MD Pictures itu, Anya memainkan watak Lidya, orang ketiga dalam kehidupan perkahwinan Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino).

    Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Anya diberi peranan sebagai wanita perampas dengan sebelumnya menerusi naskah yang menyaksikannya bergandingan dengan Gading Marten dan Ariel Tatum. – Agensi

    Anya menafikan lakonannya dilihat begitu mengesankan kerana dia memiliki perasaan terhadap Reza. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...