Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    APMM patah cubaan seludup dadah ke Labuan

    LABUAN, 27 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menggagalkan cubaan menyeludup 900 gram dadah jenis syabu bernilai RM50,000 ke pulau bebas cukai ini tengah malam tadi.

    Pengarah APMM Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata dalam kejadian 12:30 tengah malam itu, semasa menjalankan Op Sejahtera, Op Benteng Laut dan Op Kuda Laut, pasukan peronda APMM mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan yang dalam perjalanan dari Menumbok ke Labuan.

    “Sebaik sahaja suspek menyedari kehadiran bot pe-ronda APMM, dia memecut ke kawasan cetek, meninggalkan bot itu dan melarikan diri ke arah paya bakau berhampiran.

    “Pemeriksaan di dalam bot terbabit mendapati satu bungkusan plastik mengandungi bahan kristal disyaki syabu disembunyikan di bawah bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Nudin berkata nilai rampasan termasuk bot kira-kira RM55,000. “Bot suspek dengan enjinnya ditunda ke jeti maritim manakala dadah yang dirampas itu dibawa ke pejabat APMM untuk siasatan lanjut,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...