Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    April rasmi bubar selepas kontroversi buli

    Kontroversi membuli yang didakwa oleh keluarga Hyunjoo yang merupakan bekas ahli kumpulan ini benar-benar memberi kesan buruk terhadap ahli yang lain.

    Apa yang menjadi tanda tanya, Hyunjoo meninggalkan kumpulan ini pada Oktober 2016 dan kenyataan yang didakwa oleh keluarganya bahawa dia dibuli dan hampir membunuh diri hanya dikeluarkan lima tahun kemudian.

    Sejak pertuduhan itu dilakukan secara dalam talian pada 28 Februari 2021, walaupun dinafikan oleh ahli kumpulan yang lain, imej mereka tercalar dan menjejaskan kredibiliti masing-masing. Kesannya, kontrak ahli kumpulan sebagai duta produk dan juga pelakon dibatalkan menyebabkan kerugian yang sangat banyak.

    Akhirnya pada 28 Januari 2022, DSP Media yang merupakan syarikat naungan kepada kumpulan April telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai pembubaran kumpulan tersebut.

    “Helo, ini DSP Media. Kami ingin memberitahu anda tentang pembubaran April. Selepas perbincangan yang panjang dengan setiap ahli April, agensi telah membuat keputusan untuk membubarkan pasukan supaya ahli boleh bergerak mengikut jalan masing-masing mulai sekarang.” – Agensi

    DSP Media yang merupakan syarikat naungan kepada kumpulan April telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai pembubaran kumpulan tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...