Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Arab Saudi timbus 2,450 telaga terbiar

    RIYADH, 9 FEB – Arab Saudi menimbus 2,450 telaga terbiar di seluruh negara itu, sebagai langkah keselamatan bagi mengelak tragedi kematian kanak-kanak lelaki di Maghribi berulang lagi.

    Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi, berkata pihaknya berbuat demikian berikutan kesukaran operasi menyelamat mangsa jika terjatuh ke dalam perigi terbiar.

    Tragedi kanak-kanak lelaki, Rayan Oram, 5, terjatuh ke dalam perigi terbiar di kampung Ighrane di wilayah Chefchaouen Maghribi Selasa lalu dan terperangkap lima hari menjadi iktibar kementerian itu untuk menimbus perigi terbiar.

    “Untuk memastikan keselamatan semua orang… kementerian menimbus ribuan perigi terbiar. Kita akan mencari dan terus bekerja untuk menimbus mana-mana perigi terbiar,” katanya.

    Kementerian itu juga meminta penduduk untuk melaporkan mana-mana perigi yang tidak selamat atau tidak bertutup. “Laporan awda akan melindungi awda dan orang lain,” kata kementerian itu.

    Isnin lalu, orang ramai menghadiri majlis pengebumian Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam perigi kering dan sempit sedalam 32 meter.

    Ratusan hadirin meratapi pemergian kanak-kanak itu di tanah perkuburan yang terletak di lokasi terpencil di utara wilayah Chefchaouen, beberapa kilometer dari lokasi tragedi ketika seorang imam membacakan doa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...