Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Arsenal kecewa kalah di tangan Man City

    LONDON, 2 JAN – Menyaksikan separuh masa pertama yang menyeronokkan dan jaringan Bukayo Saka yang memukau, peminat Arsenal gembira dengan prestasi permainan menentang Manchester City.

    Selama 45 minit, Arsenal membuatkan pendahulu Liga Perdana nampak seperti pasukan biasa. Kemudian separuh masa kedua menyaksikan Arsenal yang kelihatan terlalu biasa untuk memberikan City kemenangan 2-1 kelmarin.

    Terdapat kad merah ke-100 untuk Arsenal dalam tiga dekad Liga Perdana, lebih banyak daripada pasukan lain. Apabila Gabriel dilayangkan kad merah pada minit ke-59. Ia adalah kad kuning kedua yang sia-sia kerana mengasari Gabriel Jesus berhampiran garisan tengah. Kad kuning pertama hanya dilayangkan dua minit sebelum itu kerana cuba menjaringkan sepakan penalti sebelum Riyad Mahrez menyamakan kedudukan.

    Sepakan penalti itu diberikan selepas Granit Xhaka menjatuhkan Bernardo Silva dengan kaki dan menarik tali pada baju pemain tengah City itu.

    Saat mengecewakan bagi The Gunners, mereka telah dinafikan penalti pada separuh masa pertama sebelum Saka menyapu bersih pada minit ke-31 selepas Martin Odegaard terjatuh apabila terkena but kiri Ederson tetapi penjaga gol kelihatan mendapatkan bola terlebih dahulu.

    Walaupun selepas menerima sepakan penalti pada minit ke-57 yang mana pengadil, Stuart Attwell pada mulanya tidak mengendahkan pemain sebelum mengubah fikirannya selepas meninjau ulang tayang di monitor tepi padang dan tuan rumah berpeluang untuk mendahului semula dengan segera.

    Kegagalan benteng pertahanan City, Nathan Ake di garisan gol menghalang gol sendiri daripada Aymeric Laporte selepas dia menanduk masuk ke atas penjaga gol, Ederson. Bola jatuh kepada penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli yang terlepas sepakan terbuka dan terkena tiang.

    Kemudian Arsenal terpaksa bermain dengan 10 orang pemain dalam masa seminit dan percubaan Arsenal untuk berpegang pada mata digagalkan oleh rembatan melencong Laporte yang mencapai Rodri untuk menjaringkan gol. Ketika Rodri melintasi padang untuk meraikan, disertai oleh rakan sepasukan City, mereka dibaling dengan botol air plastik dan gulungan kertas tandas. – AP

    Aksi pemain Arsenal, Takehiro Tomiyasu (kanan) mencabar pemain Manchester City Kevin De Bruyne semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates, di London, England, pada 1 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...