Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Arsenal kembali di depan

    LONDON, 31 OKT – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris dengan membelasah Nottingham Forest 5-0.

    Nelson diperkenalkan buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas Bukayo Saka terpaksa dikeluarkan.

    Saka membantu gol pembukaan Gabriel Martinelli pada minit kelima sebelum digantikan akibat kecederaan buku lali.

    Nelson meledak gol Liga Perdana Inggeris pertamanya sejak Julai 2020 di awal babak kedua, dan menambah jaringan tiga minit kemudian sebelum mengumpan bola untuk gol Thomas Partey.

    “Tidak mungkin ada yang lebih baik daripada itu untuk saya selepas dimasukkan. Sebaik saja gol dijaringkan, ia permainan yang cukup hebat.

    Aksi Thomas Partey (dua dari kanan) sewaktu dalam perlawanan antara Nottingham Forest dan Arsenal di stadium Emirates, London. – AP

    “Saya bekerja keras dalam latihan, menanti peluang dapat bermain dan saya gembira memperolehinya,” kata Nelson.

    Martin Odegaard melengkapkan kemenangan Arsenal ketika permainan berbaki 13 minit.
    Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Mikel Arteta satu mata di depan Manchester City.

    “Bagus dapat berada di sana. Ia sentiasa sukar untuk menang di liga ini dan hari ini kami berdepan perlawanan yang rumit selepas bermain di Eropah, dan saya rasa pasukan bertindak balas dengan baik,” kata Arteta.

    Pemain-pemain Arsenal turut menunjukkan sokongan terhadap rakan sepasukan, Pablo Mari sebelum sepak bermula.

    Mari, yang dipinjamkan ke Monza, ditikam dengan pisau ketika bersama keluarganya dalam sebuah pasaraya di Itali minggu lalu.

    Ia minggu yang malang buat Arsenal selepas seri 1-1 di Southampton dan kemudian tewas 2-0 kepada PSV Eindhoven dalam saingan Liga Europa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...