Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    AS beri amaran jangkitan kulat C. Auris

    LOS ANGELES, 22 MAC – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai penularan jangkitan kulat dikenali Candida auris (C. auris), sejenis kulat yang baru muncul dan mudah merebak.

    C. Auris dianggap sebagai ancaman rintangan antimikrobial (AR) kerana ia tahan terhadap pelbagai ubat antikulat, mudah merebak di kemudahan penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan jangkitan teruk dengan kadar kematian yang tinggi, memetik laporan CDC dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin.

    Menurut data CDC, kulat itu merebak pada kadar yang membimbangkan di kemudahan penjagaan kesihatan AS dari 2020 hingga 2021.

    “Peningkatan tiga kali ganda pada 2021 daripada bilangan kes yang tahan terhadap echinocandins, ubat antikulat yang paling disyorkan untuk rawatan jangkitan C. auris sangat membimbangkan,” menurut CDC.

    CDC berkata C. auris bukan ancaman kepada orang yang sihat. Tetapi sangat berisiko tinggi kepada mereka yang sakit, mempunyai peranti perubatan invasif atau tinggal lama atau kerap di kemudahan penjagaan kesihatan.

    “Peningkatan pesat dan penyebaran geografi kes membimbangkan dan perlu pengawasan berterusan, kapasiti makmal yang diperluas, ujian diagnostik yang lebih pantas dan pematuhan terhadap pencegahan dan kawalan jangkitan yang terbukti,” kata pakar epidemiologi CDC, Dr Meghan Lyman. – Bernama

    CDC menunjukkan jenis Candida auris yang di kultur dalam cakera petri di makmal CDC. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...