Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Paul Grant meninggal dunia, rebah di stesen kereta api

    Pelakon, Paul Grant meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas ditemui rebah di luar stesen kereta api, King’s Cross di Utara London baru-baru ini.

    Aktor yang pernah membintangi filem Star Wars dan Harry Potter disahkan meninggal dunia pada pukul 3:49 pagi selepas disahkan mati otak.

    Berita kematian pelakon itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sophie Jayne Grant yang menyifatkan pemergian bapanya mengejutkan.

    “Saya sedih. Dia terkenal dan disayangi dalam bidang kerjayanya sebagai seorang pelakon.
    “Pemergiannya terlalu cepat untuk kami,” katanya.

    Punca kematian Paul bagaimanapun tidak didedahkan.

    Untuk rekod, Paul melakonkan watak Ewok dalam filem Return of the Jedi dan sebagai ‘goblin’ dalam Harry Potter and the Philosopher’s Stone.

    Mendiang juga pernah muncul dalam filem Labyrinth (1986) dan Willow pada 1988.

    Paul meninggalkan teman wanitanya, Maria Dwyer, dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, serta anak tiri dan cucunya.

    Maria memberitahu Paul adalah seorang lelaki paling kelakar yang pernah dikenali dan menjadi pelengkap dalam hidupnya. – Agensi

    Paul Grant meninggal dunia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...