Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    AS catat rekod global, 1 juta kes COVID-19 sehari

    WASHINGTON, 4 JAN – Amerika Syarikat (AS) merekodkan lebih satu juta kes COVID-19, kelmarin, menurut data dari Universiti Johns Hopkins, ketika varian Omicron menular dengan pantas.

    Terdapat 1,080,211 kes baharu di negara itu, rekod dunia, dengan jumlah kes berganda pada minggu sebelumnya.

    Ia muncul sehari selepas penasihat pandemik AS, Anthony Fauci berkata negara itu mengalami ‘hampir satu peningkatan menaik’ dalam kes COVID-19, menambah, kemuncaknya mungkin tidak lama lagi.

    Strain Omicron yang sangat bermutasi – paling mudah berjangkit setakat ini – memperhitungkan 59 peratus kes warga AS dalam masa seminggu hingga 25 Disember, menurut sistem modeling kerajaan.

    Fauci berkata pengalaman Afrika Selatan – yang mana strain itu pertama kali dikesan lewat November dan memuncak pantas, kemudian menurun dengan cepat – memberi beberapa harapan.

    Orang ramai menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Miami, Florida pada 3 Januari. Selepas dilanda pembatalan penerbangan dan peningkatan dalam jumlah kes COVID-19, ribut salji pula membadai pengangkutan AS, menutup kerajaan persekutuan dan sekolah-sekolah. – AFP

    Kadar kematian dan kemasukan ke hospital di AS menunjukkan tahap rendah dalam beberapa minggu kebelakangan daripada kemuncak COVID-19 sebelumnya.

    Dengan 9,382 kematian tujuh hari lalu, jumlah kematian di negara itu telah berkurang 10 peratus, minggu ke minggu.

    Dalam tujuh hari yang lalu, negara itu telah mencatatkan 3.4 juta kes pada puratanya 486,000 sehari dengan kemuncaknya pada 3 Januari, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

    Rekod AS semasa gelombang sebelumnya adalah 258,000 kes sehari, pada minggu 5 hingga 11 Januari 2021.

    Para pegawai bergelut untuk mencari keseimbangan yang akan melindungi kesihatan awam tanpa menjejaskan ekonomi atau sektor penting seperti perjalanan udara.

    Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS telah mengurangkan tempoh isolasi bagi kes-kes COVID-19 yang bergejala kepada lima hari, dalam usaha untuk mengurangkan gangguan disebabkan Omicron ketika jangkitan mencecah tahap tinggi di beberapa negeri AS.

    Kelmarin, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS telah meluluskan dos penggalak Pfizer untuk kanak-kanak berusia 12 tahun menjelang pembukaan semula sekolah susulan cuti awam. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...