Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS, Mexico kerjasama bangunkan industri semikonduktor

    BANDAR MEXICO, 13 SEPT – Mexico dan Amerika Syarikat (AS) merancang menggunakan pelaburan besar yang diumumkan pentadbiran Biden dalam pengeluaran semikonduktor untuk mempertingkat integrasi rantaian bekalan dan bekerjasama untuk mengembangkan pengeluaran kenderaan elektrik menerusi industri litium Mexico, kata pegawai dari kedua-dua negara semalam.

    Usaha tersebut bertujuan memanfaatkan kegunaan di Asia dalam semikonduktor dan bateri yang diperlukan untuk kenderaan elektrik selain mempromosi pengeluaran Amerika Utara.

    Ia adalah antara topik utama yang dibincangkan dalam Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi kedua-dua negara di ibu negara Mexico.

    “Elemen utama rantaian bekalan semikonduktor telah pun kukuh di Mexico, dengan syarikat berpangkalan di AS seperti Intel dan Skyworks menjalankan penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk, pemasangan dan ujian pengeluaran di sebahagian kawasan Mexico,” kata Setiausaha AS Antony Blinken.

    Blinken dan Setiausaha Perdagangan AS Gina Raimundo telah bercakap dengan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador sebelum ini mengenai peluang yang boleh direbut oleh Mexico dalam rang undang-undang AS yang diluluskan baru-baru ini yang akan memperuntukkan AS$28 bilion dalam insentif untuk pengeluaran semikonduktor, AS$10 bilion untuk pengeluaran cip dan AS$11 bilion untuk penyelidikan dan pembangunan.

    Setiausaha Hal Ehwal Luar Mexico, Marcelo Ebrard menjelaskan rancangan presiden Lopez Obrador untuk menjadikan sempadan negeri Sonora pemimpin dalam pengeluaran litium, kenderaan elektrik dan tenaga solar. Litium adalah komponen utama bateri untuk kenderaan elektrik. – AP

    Antony Blinken (kiri) dan Marcelo Ebrard berjabat tangan sebelum sidang media di ibu pejabat Setiausaha Ekonomi di Bandar Mexico pada 12 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...