Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    AS tawar AS$5 juta kesan warga Singapura

    WASHINGTON, 4 NOV – Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta untuk mengesan seorang ahli perniagaan Singapura dalam buruan.

    Dia dituduh melanggar sekatan ke atas Korea Utara, antara lain dengan melakukan penghantaran minyak menggunakan kapal tangki, yang dirampas tahun lalu.

    Ganjaran itu diumumkan ketika AS menggesa penguatkuasaan ketat sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara selepas ia melancarkan peluru berpandu sehingga ada di antaranya mendarat terlalu hampir di perairan Korea Selatan.

    Jabatan Negara AS itu menawarkan sehingga AS$5 juta untuk maklumat mengenai Kwek Kee Seng, atas kesalahan membuat penghantaran bahan api ke Korea Utara dan pemindahan minyak dari kapal ke kapal serta pengubahan wang haram melalui syarikat pemula.

    Pendakwa Raya Persekutuan di New York pada 2021 mengeluarkan waran tangkap untuk Kee Seng, setahun selepas salah sebuah kapal tangki minyaknya, M/T Courageous, dirampas oleh Kemboja atas permintaan AS berhubung pelanggaran sekatan yang dikatakan.

    Kee Seng, 62, memiliki syarikat perkapalan Swanseas Port Services di Singapura, yang juga sekutu rapat AS.

    Sementara itu, Program Ganjaran untuk Keadilan Jabatan Negara AS berkata lokasi sebenar Kee Seng tidak diketahui.

    Sebelum ini, dia dikenal pasti berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan dan Thailand serta Cameroon selain di negara kecil Caribbean iaitu Saint Kitts dan Nevis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...