Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ASEAN dan Jepun capai kemajuan dalam kerjasama perkhidmatan udara

    JAKARTA, 17 OKT – ASEAN dan Jepun mencapai kemajuan dalam rundingan mengenai perkhidmatan udara pada Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN dan Jepun ke-20 (ATM+Jepun), iaitu sebahagian sesi Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN ke-28 di Bali, Indonesia baru-baru ini.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di halaman Facebook hari ini berkata Mesyuarat ATM+Jepun hampir memuktamadkan Perjanjian Perkhidmatan Udara ASEAN-Jepun yang saling menguntungkan dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan pengangkutan udara antara ASEAN dan Jepun.

    Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun Shoji Nishida mengetuai delegasinya dan mempengerusikan bersama mesyuarat itu dengan Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.

    Malaysia menawarkan untuk meneruskan latihan Sistem Trafik Kapal kepada negara anggota ASEAN di Institut Latihan Maritim di Pelabuhan Klang, Selangor, kata Wee.

    Institut ini menjadi platform penting dalam membantu mengetengahkan kapasiti individu dalam menjamin keselamatan dan keamanan maritim di rantau ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...