Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Asia Pasifik perlukan masa capai sasaran SDG

    BANGKOK, 22 MAC – Rantau Asia dan Pasifik hanya mencapai 14.4 peratus kemajuan yang diperlukan untuk merealisasikan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), rantau berkenaan memerlukan 42 tahun lagi untuk mencapai matlamat itu.

    Laporan Kemajuan SDG Asia Pasifik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) menyatakan bahawa pada kadar semasa, Asia dan Pasifik akan terlepas 90 peratus daripada 118 sasaran Matlamat Pembangunan Mampan yang boleh diukur (SDG) menjelang 2030 melainkan usaha ke arah itu digandakan.

    Purata kemajuan keseluruhan ke arah mencapai kesemua 17 SDG di Asia-Pasifik telah meningkat secara perlahan daripada 4.4 peratus pada 2017 kepada 14.4 peratus pada 2022.

    “Pada pertengahan tahun sasaran 2030, rantau ini sepatutnya mencapai 50 peratus daripada kemajuan yang diperlukan untuk mencapai matlamat, namun kemajuan keseluruhan hanya 14.4 peratus.

    “Jumlah tahun yang diperlukan untuk mencapai sasaran SDG di rantau Asia-Pasifik telah meningkat, bermakna rantau ini akan terlepas tahun sasaran 2030 dalam beberapa dekad.

    “Kita tidak boleh berputus asa untuk mencapai matlamat, sebaliknya perlu bertindak cepat, berfikir lebih bijak, membuat pelaburan bijak, mengukuhkan perkongsian global dan membina komitmen kolektif kepada SDG untuk mencapai masa depan yang mampan, makmur dan inklusif,” menurut laporan itu.

    Sementara itu, Setiausaha Agung PBB dan Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata terdapat negara yang mencapai sasaran yang mengagumkan dalam 17 Matlamat, namun tiada satu pun negara di rantau ini berada di landasan yang betul untuk mencapainya dan pencapaian keseluruhan adalah jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...