Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Athletic, Valencia terikat seri di separuh akhir Copa

    MADRID, 11 FEB – Dalam usaha untuk mara ke final Copa del Rey ketiga berturut-turut, Athletic Bilbao terikat 1-1 di gelanggang sendiri menentang Valencia pada perlawanan pertama separuh akhir kelmarin.

    Raul Garcia membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah melalui tandukan daripada sepakan percuma oleh Iker Muniain pada minit ke-37, tetapi Valencia menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan gol dari jarak dekat oleh Hugo Duro selepas rembatan Bryan Gil ditepis oleh penjaga gol.

    Perlawanan kedua akan diadakan pada 2 Mac di Stadium Mestalla Valencia. Real Betis meraih kemenangan 2-1 di Rayo Vallecano pada perlawanan pertama separuh akhir yang lain Rabu lalu.

    Athletic tewas kepada saingan Basque Country, Real Sociedad dalam perlawanan akhir pada 2020 dan kepada Barcelona pada saingan penentuan musim lalu. Ia adalah kelab kedua paling berjaya dalam pertandingan itu dengan 23 gelaran, di belakang Barcelona 31, tetapi ia tidak pernah menjulang trofi tersebut sejak 1984.

    Athletic adalah salah satu pasukan terhebat di Sepanyol baru-baru ini di bawah jurulatih, Marcelino García Toral, setelah menyingkirkan Barcelona dalam 16 terakhir Copa dan Real Madrid di suku akhir. Ia tidak tewas dalam lima perlawanan dalam semua pertandingan, dengan kekalahan terakhirnya menentang Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi, selepas ia menyingkirkan juara Sepanyol, Atletico Madrid di separuh akhir. – AP

    Reaksi Raul Garcia meraikan gol dalam perlawanan antara Athletic Bilbao dan Valencia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...