Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Australia gesa China kecam ancaman Rusia

    CANBERRA, 15 FEB – Perdana Menteri Australia hari ini menggesa China untuk mengecam ancaman Rusia ke atas Ukraine, ketika krisis antara sekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS) dan Moscow menimbulkan ketegangan konflik yang lebih meluas.

    Scott Morrison berkata bahawa Beijing dan Moscow telah mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan hubungan lebih rapat sejak lebih 100,000 tentera Rusia dikerahkan ke sempadan Ukraine.

    “Kami menjangkakan semua negara, semua kerajaan di seluruh dunia, untuk mengecam apa yang berlaku dengan ancaman keganasan ke atas Ukraine,” Morrison memberitahu parlimen.

    “Saya mengambil maklum bahawa kerajaan China, bersama-sama dengan kerajaan Rusia, telah bersepakat mengenai isu ini dan kerajaan China enggan menghentikan apa yang berlaku di Ukraine,” katanya.

    Dia menyeru semua penggubal undang-undang persekutuan untuk menyertai kerajaan Australia dalam ‘menggesa kerajaan China untuk mengutuk semua tindakan dan membolehkan tindak balas yang berpatutan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya menentang apa yang telah dilakukan,’ melalui keahliannya sebagai Majlis Keselamatan PBB.

    Kritikan Morrison terhadap China akan menjejaskan lagi hubungan bilateral antara Australia dan rakan perdagangan terpentingnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...