Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Baca arahan risalah kit ART sebelum guna’

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Para pengguna kit ujian COVID disarankan untuk membaca arahan yang terdapat pada risalah yang disertakan dalam mana-mana kotak kit sebelum melakukan calitan hidung (nasal) atau air liur (saliva) bagi mengelakkan mendapat hasil keputusan yang salah.

    Perkara berkenaan dijelaskan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kesiha-tan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin berhubung tanda tanya orang ramai yang bimbang mengenai sebahagian kit ujian yang memberi keputusan tidak tepat atau false result, semasa berlangsungnya sidang media, petang tadi.

    Haji Maswadi menekan-kan lagi bahawa apa pun jenama kit ujian pantas antigen (ART) yang telah menerima kelulusan dari Kementerian Kesihatan di negara ini sememangnya telah menjalani ujian-ujian terperinci yang dikendalikan oleh Jabatan Makmal,
    kementerian berkenaan.

    Mana-mana kit yang disenaraikan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan sudah dilakukan pemeriksaan ujian dan selamat digunakan untuk semua.

    “Tetapi kita perlu menekankan cara penggunaan yang betul ketika ingin menggunakannya dengan membaca arahan yang tepat terlebih dahulu risalah yang disertakan bagi setiap jenama kit ART sama ada ia bagi professional-used mahu pun home-used,” ujarnya.

    Haji Maswadi turut menekankan lanjut kepada orang ramai bahawa bagi kegunaan ujian nasal perlu dilakukan di bahagian hidung yang tepat dan begitu juga ujian jika menggunakan saliva maka perkara-perkara ini perlu dititikberatkan agar tidak berlaku hasil yang tidak betul.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...