Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bakal jemaah haji diingatkan hadiri kursus mulai 27 Januari

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kursus Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M akan diadakan sebanyak 12 sesi iaitu setiap Jumaat dan Ahad bermula 27 Januari ini dan akan berakhir pada 5 Mac.

    Dianjurkan Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah, kursus berkenaan akan diadakan secara serentak di pusat-pusat kursus yang telah disediakan di keempat-empat daerah.

    Pusat-pusat kursus berkenaan adalah Sekolah Ugama Lambak Kanan, Kampung Lambak Kanan; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas dan Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampung Sungai Besar bagi Daerah Brunei dan Muara.

    Bagi Daerah Belait, ia akan diadakan di Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, Pekan Seria.

    Di Daerah Tutong pula diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong dan Daerah Temburong di Sekolah Persediaan Arab, Bangar.

    Sehubungan itu, semua bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi tahun 1444H/2023M dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus ibadat haji yang telah diaturkan di pusat-pusat kursus yang telah ditetapkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...