Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Baku, Qatar dan Austin anjur acara lumba pecut F1

    PARIS, 8 DIS – Formula Satu (F1) baru-baru ini menamakan Qatar, Azerbaijan dan Austin (Amerika Syarikat) antara enam litar yang akan menganjurkan lumba pecut pada tahun 2023.

    Acara sejauh 100 kilometer (km) itu terbukti popular dalam kalangan peminat F1 yang merupakan penambahan kepada acara utama, Grand Prix (GP) pada hujung minggu, sejak ia mula diperkenalkan pada tahun lalu.

    F1 mengumumkan pada September ia akan menggandakan bilangan acara lumba pecut kepada enam pada tahun 2023.

    Acara tersebut bakal diadakan di Litar Jalanan Baku, Azerbaijan; Trek Losail, Qatar; Litar Austin, Amerika Syarikat; Redbull Ring, Spielberg, Austria; Spa-Francorchamps, Belgium; dan Interlagos, Brazil.

    Bagi memberi laluan kepada acara tersebut yang akan diadakan pada hari Sabtu, acara tradisional iaitu sesi kelayakan sejam bakal diawalkan kepada Jumaat.

    Sistem pemarkahan acara lumba pecut juga telah ditingkatkan, dengan tiga kedudukan teratas masing-masing akan mendapat lapan, tujuh dan enam mata sehingga satu mata bagi tempat kelapan.

    Semasa GP Emilia Romagna di Imola, Itali pada April, juara dunia dua kali, Max Verstappen mendapat durian runtuh apabila berjaya mengutip maksimum 34 mata selepas menjuarai acara lumba pecut, GP selain mencatatkan masa paling pantas.

    Ketua F1, Stefano Domenicali berkata acara lumba pecut itu ternyata satu penambahan yang dialu-alukan dan tidak sabar untuk membawa lebih banyak aksi kepada para peminat pada tahun hadapan. – AFP

    Format sesi kelayakan lumba pecut F1 yang akan digunakan dalam enam acara GP 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...