Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BAM ingin Terbuka Malaysia jadi kejohanan berprestij

    PETALING JAYA, 24 APRIL – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited memastikan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 dari 28 Jun hingga 3 Julai berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang, kata presidennya, Tan Sri Mohd Norza Zakaria.

    Beliau berkata pihaknya sedang berunding dengan penaja utama, Petronas untuk melangsungkan kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu dengan penampilan yang hebat.

    Selepas pembatalan kejohanan itu selama dua tahun berturut-turut disebabkan pandemik COVID-19, Mohd Norza berkata edisi kali ini akan kembali dianjurkan di Axiata Arena di Bukit Jalil.

    “Memandangkan status pun dah ditingkatkan, kita harap ia merupakan satu kejohanan yang berprestij dalam kalendar BWF (Persekutuan Badminton Dunia),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM dan mesyuarat agung tahunan badan induk itu di sini, semalam.

    Beliau pada masa sama turut mengesahkan Kejohanan Masters Malaysia pada 5 hingga 10 Julai  juga bakal dilangsungkan di Axiata Arena.

    Sementara itu, Mohamad Norza berkata beliau menyerahkan segala urusan pemilihan jurulatih baharu kepada bahagian teknikal BAM, sambil mengakui terdapat kekosongan jawatan dalam barisan kejurulatihan. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...